Friday, 24 April 2009

The Launch of The MCA Consumer Awareness Campaign

BERITA BERNAMA ONLINE
Tarikh - 24 April 2009

MCA Lancar Blog Aduan Pengguna

By: Ramjit

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- MCA hari ini melancarkan blog aduan pengguna untuk rakyat menyalurkan aduan berkaitan kepenggunaan.

Blog yang boleh dilayari di http://www.mcaconsumer.blogspot.com. itu dirasmikan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat sempena kempen Kesedaran Pengguna anjuran Biro Perhubungan Pengguna MCA dengan kerjasama Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) di sini, Jumaat.

"Rakyat perlu menyedari hak mereka dan tidak boleh mengatakan ia adalah 'nasib' bila memperoleh barang palsu atau ditipu," kata Ong dalam ucapan perasmiannya.

Katanya berikutan liberalisasi 27 sub sektor dalam perkhidmatan seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, pengusaha tempatan perlu meningkatkan mutu perkhidmatan untuk bersaing dengan pengusaha luar dalam memberikan perkhidmatan yang lebih kompetitif.

Pengerusi Biro Perhubungan Pengguna MCA Tian Cheng Liang pula berkata biro itu akan bertindak untuk menyelesaikan aduan yang disalurkan melalui satu jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menilai kes yang akan dibawa ke Tribunal Pengguna.

No comments:

Post a Comment